top of page
Search

Starting my Childcare Business #1

few months journey what i learned





Ku decide ku nak teruskan perjalananku dalam dunia bisnes dan ini adalah bisnes ku yang ke Dua (bisnes pertama masih teruskan). Ku join bisnes taska atau panggil childcare bisnes. Orang sebuk panggil ku teacher, tapi ku tak suka. Ku lebih suka digelar akak sebab ku nak anak2 ku enjoy bila di school bukan belajar semata.


Ku start bisnes ni waktu PKP awal haritu Nov 2020. Bermulanya waktu tu anak2 ku baru ada 2 orang. Namanya Ainul dan Aqil yg berumur 2 tahun lebih. Allah sahaja yang tahu betapa sayangnya ku terhadap mereka berdua. Boleh imagine, income ku hanya bergantung pada 2 orang anak yang duduk di taska ku. Ku freshgradute kawan2 ku gaji RM2k sembang tentang saving, saham, kawen, fon baru, makan mewah dan macam2. Belum cerita ku tengok stories di Instagram lagi. Tapi incomeku hanya RM600 sebulan (belum tolak expenses yang ku perlu bayar). Even skarang pon income aku RM1k je sebulan. Waw.


Ku hanya nak compilekan perjalanan hidupku setelah tamat belajar supaya ku boleh baca semula apa yang ku buat sebelum ni. Benda pertama ku belajar adalah:


Masa


Ku belum boleh digelar bisneswoman, sebab ku masih bekerja sendiri. Ku masih duduk di taska bekerja seperti biasa. Bekerja 12jam lebih sehari. Pukul 6.30 pagi hingga 6.30 petang. Benda ni adalah benda pertama ku belajar banyak sepanjang tempoh 6bulan ku di taska.


Ku adalah seorang yang selalu bergolek tengok fon dirumah. Baring, relek. Tak pernah buat kerja berat. Tengok movie, netflix, tido. Itu la kerja ku hari hari masa bergelar student. Part time job? Pengalaman bekerja? Ku ada apa yang ku minat dan usahakan. Tapi bukan bekerja berat seperti sekarang.


Start berbakti di taska pkul 6.30 pagi. 12jam bukan 8jam. Agaknya ku kena bangun pkul berapa untuk bersiap? 5.30 pagi? Hari-hari bangun pukul 5.30 pagi kau sanggup ke? Ku sekolah dulu pon pukul 7 baru gerak. Bangun 6.30 pagi Tido pkul berapa? Pkul 6.30 pagi dan kena jumpa orang dan bercakap dengan orang? Enko rasa? Rehat di taska hanyalah 10min. Takpon enko selitlah bila masa enko nak rehat... Taska adalah untuk budak bawah 4 tahun. Budak baya tu masih bersih, banyak benda perlu diajar. Semua benda tak tahu. Sebab ko jaga budak, budak tu manusia. Setiap orang lain demand dia. Dan mereka bukan robot ada jadual. Mereka budak, budak yang baru kenal dunia. Tak boleh control pon.


Ku tiada pengalaman menjaga budak. Apatahlagi bayi, ku start dari kosong. Letih.


Mula-mula ku koyak. Ku tak malu cakap ni tapi ku koyak teruk. Boleh bayang tak dari sejenis manusia yang selalu tergolek kat katil, tiba2 mcm tu? Income ku hanya RM1k untuk semua tu.. Waw.. Kalau nak ikutkan sampai sekarang ku tak percaya ku masih bertahan di sini.


Belum cerita cuti. Since ku bekerja sendiri, ku tk boleh cuti. Tak kisah la ku demam ke, ku ada urusan lain ke, ku tetap kena ada di taska walau tk larat mcm mana sekali pon. Ku tetap kena teruskan perjalanan.


Dari sini ku belajar beberapa perkara,


1. Gunakan masa sepenuhnya


Dulu ku bergolek2 tengok fon, betapa banyaknya ku buang masa. Sedangkan ku mampu untuk bangun seawal 5.30 pagi untuk bekerja dan berbakti. Macam2 benda ku mampu lakukan, even ku sempat untuk tahajud. Sekarang ku lebih appreciate masa dari sebelum ni. Sebab ku pergi gelap balik pon gelap. Untuk rehat pon belum tentu ada. Ku nak berak pon ada budak kacau tau ahah. So bila time weekend, ku masih perlukan masa itu untuk buat kerja lain yang ku perlu uruskan. So masa hari-hari tu ku gunakan sepenuhnya, walaupon hati nak je bergolek semula, tapi tak boleh. Kerja masih perlu disiapkan even its weeekend. Jadi sekarang ku tahu apa maksudnya gunakan masa sepenuhnya.



2. Pengurusan masa


Ini antara benda yang ku belajar gila punya. Since ku habis kerja pukul 6.30, tolak mandi magrib isyak dan tidur. Ku selalu akan ada masa pukul 8.30-9.30pm. Sebab ku selalu tidur pkul 9.30 untuk recharge hari esoknya. Sejam je wey masa untuk diriku sendiri tiap hari. Itu belum tolak komitmen lain, contoh bulan puasa perlu teraweh. Penuh jadualku :') Sampai sekarang ku masih belajar untuk mengurus masa, tapi apa yang ku lakukan sekarang adalah jangan tangguh. Apa boleh dibuat terus buat. Masa freee sikit terus buat. Selitkan apa benda nak buat time kerja ke time apa apa je la. Semua benda kena selit dan terus buat. Kalau tak tak jalan la kerja ku huhu.



3. Wal - Asr (Demi Masa)





Baca balik betul2. Ku sekarang lebih appreciate dengan surah ni. Biar pon masa ku bergolek, masa ku busy macam sekarang, ku tetap loss. Loss apa? Macam mana nak urus masa? Betul ke aku buat? Letih ni akan ke mana ke? Belum cerita sembahyang dan banyak lagi.. Tapi apa yang masih ku going strong adalah, percaya yang aku buat benda yang baik bukan yang haram dan bersabarlah, pasti ada reward di akhirat.



4. Appreciate masa


Dulu ku tak appreciate masa macam sekarang. Duluku bergolek, sentiasa releks. Sekarang relek jarang sekali berlaku dalam hidup ku. Appreciate masa maksudku adalah appreciate apa yang ada di depan mata waktu sekarang. Sebab kalau tak ku akan stress. Bila bekerja, appreciate anak2 di depan mata, apa yang ku kerja, appreciate do the best you can. Bila releks, appreciate the relax time. relax betul2 tk payah pikir benda lain. Bila makan, appreciate makanan di depan mata. appreciate time makan waktu tu. Dari situ, hidup ku lebih tenang dari cakap ku busy sentiasa tk cukup masa.




Benda yang ku listkan tak bermakna ku sentiasa amalkan. Ku adalah insan yang selalu loss, cakap senang buat susah. Benda yang ku listkan semua ku buat tak selalu, tapi itu yang terbaik. Dengan ini ku lebih bersifat terbuka dengan orang lain. Ku even kenal ramai orang yang sama perjalanan macam ku, even dah ada family anak, tapi perjalanan sama macam ku. Allahuakbar letih mereka tak dapat ku tandingi. Even aku tengok bila aku dah start kerja pukul 6.30 pagi, ada orang dah start lagi awal dariku. Dah bekerja dh pon banyak tempat. Kecik rasanya diriku ni, kalau tengok rasa nak menangis. Semoga Allah permudahkan urusan kita semuanya in Shaa Allah. Semoga kita semuanya dapat kejayaan di dunia dan diakhirat <3 Sekian bebelan ku tentang masa aahahah






bottom of page